Maaf kerana tak sempat nak post apa2 sejak blog br ini tercipta...banyak kekangan di sekolah juga di rumah..Hari ini alhamdulillah ada kesempatan untuk buka blog nie..Hari ni nak post sebahagian menu yg sempat disediakan sepanjang Ramadhan kali ini..
Tomyam Ayam
Ini menu kegemaran heroku..Tahun ni dah mula berpuasa,so ummi kena la masak apa yang anak ummi suka..Nak buat tomyam ni senang aja..
1/2 ekor Ayam
Sambal Tomyam(byknya agak2 sendiri)
1 Kiub Ayam
Serai
Halia
Lengkuas
Daun Limau Purut
Limau Nipis
Sayur Campur (Carrot/SodekJagung/Bunga Kobis,Tomato Dll)
Daun sup/Daun Bawang
Cili Api
Bawang Besar
Air
Garam secukup rasa
Cara memasak:
Masukkan air,ayam,serai,halia dan lengkuas ke dalam periuk.
Masukkan Sambal Tomyam dan Kiub Ayam
Setelah mendidih,masukkan garam secukup rasa
Kemudian,masukkan bawang besar dipotong 4&sayur campur ikut kesukaan
Akhir sekali masukkan daun limau nipis dan cili api yang ditumbuk kasar
Hidangkan bersama perahan limau nipis,daun bawang dan daun sup
Senang ajakan..janji Ikhlas pasti sedap..
No comments:
Post a Comment