Wednesday, January 26, 2011

Nafiz di SR Al-Islah

Bermulalah sesi persekolahan Nafiz di Tahun 1..Alhamdulillah,walaupun baru sebulan,Nafiz sudah serasi dengan rutin hariannya.Sudah mula pandai menyusun jadual harian sendiri sebagai rutinnya tanpa perlu Ummi dan Abi suruh dan paksa.Syukur padaNya...

Jelas di raut wajahnya seronok belajar di sekolah baru.Banyak benda baru yang dia terpaksa tempuhi..namun dia cuba untuk melaksanakannya dengan sebaik yang mungkin,sesuai dengan namanya "NAFIZ" iaitu Pelaksana..Ummi Abi amat bangga dengan Nafiz..Doa Ummi Abi semoga Nafiz akan sentiasa menjadi permata hati yang sentiasa bersinar di hati kami berdua.Anugerah yang tak ternilai harganya...Terima kasih Allah atas ANUGERAH besar ini....