Monday, August 23, 2010

Gulai Kepala Ikan

Menu berbuka kami sekeluarga hari nie,Gulai Kepala Ikan.Masak lebih sikit untuk jiran sebelah..
Bahan :
Kepala Ikan
Santan
Air Asam
Rempah Kari Ikan
Cili Serbuk (klu nak pedas la..)
Herba Campur
Bawang putih
Bawang merah
Daun Kari
Bendi
Tomato
Minyak Masak

Sunday, August 22, 2010

Minggu Bahasa Arab SKBBSL


Alhamdulillah,perancangan Panitia Bahasa Arab untuk mengadakan Minggu Bahasa Arab bagi Tahun 2010 tercapai juga.Berkat kerjasama yang ditunjukkan di kalangan GPI,terutamanya guru-guru j-QAF amat membanggakan.Shukran Jazilan..
Antara aktiviti yang dilaksanakan:
-Perasmian Minggu Bahasa Arab oleh PK1
-Kuiz Arabi
-Spell It Right (التهجوء)
-Mencari Perkataan Tersembunyi
-Explorace Arabi
-Imlak dll.
Kepada anak-anak didik..moga terus maju..




Friday, August 20, 2010

Selamat Hari Lahir Nafiz

08/08/2010-Selamat Hari Lahir buat heroku Nafiz..Dah masuk 6 tahun pun..sekejap ja ummi rasa masa berlalu..Seperti baru semalam ummi menghayunkan buaimu..bertatih..merangkak..belajar menyebut ummi abi..kini umurmu dah mencecah 6 tahun.Semoga hidup anakku sentiasa dirahmatiNYA..
Ummi bersyukur kerana kali ini Hari Lahirmu dapat dirai dgn cukup meriah bersama saudara mara kita..tak seperti tahun-tahun lepas,disambut ala kadar aja.Amin..



Puding Karamel


Cuba la ya..tentu anak-anak suka..Ni percubaan yang ke dua..1st dulu buat tak jadi..yang ni kira jadilah.."depa kata sedap"..kira ok la tu..

Bahan:
Gula Hangus
5 Biji Telur
Gula
Susu cair
Esen Vanilla

Cara masak:
Masak gula hangus dan tuangkan kedalam loyang
Kacau telur,gula,susu cair dan sedikit esen vanilla(jgn timbuk mcm buat kek)
Setelah sebati,tuang kedalam loyang tadi
Kukus antara 20-30 minit

Sambal Petai Ikan Bilis


Menu sambal apa pun memang favourite kami sekeluarga..Semalam hubby beli petai..so menu hari ni Sambal Petai..ikan bilis aja yang ada dlm peti..nampaknya jadilah Sambal Petai Ikan Bilis..Yummy..

Bahan-bahannya:
Petai
Ikan Bilis (yang dah digoreng separuh masak)
Cili Kering
Air Asam
3 Ulas Bawang merah
4 Ulas Bawang Putih
2 ulas Bawang besar
Gula & Garam secukup rasa

Cara memasak:
Tumiskan Bawang putih & merah yang telah dimayang
Masukkan Cili Kering dan bawang besar yang sudah dikisar
Masak sampai pecah minuak
Masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa
Kemudian,masukkan ikan bilis yang sudah digoreng
Akhir sekali masukkan petai.Jangan biarkan terlalu lama sbb petai kecut tak sedap.
Selamat mencuba...Sambil masak sambil senyum...mesti sedap!!!

Dadih Jagung


Dadih Jagung ni yang segera aja..boleh dapat di mana-mana kedai.Masak dengan air ikut aturan yang disediakan.Sedap dimakan slps disejukkan dlm peti ais...

Tomyam Ayam

Maaf kerana tak sempat nak post apa2 sejak blog br ini tercipta...banyak kekangan di sekolah juga di rumah..Hari ini alhamdulillah ada kesempatan untuk buka blog nie..Hari ni nak post sebahagian menu yg sempat disediakan sepanjang Ramadhan kali ini..

Tomyam Ayam
Ini menu kegemaran heroku..Tahun ni dah mula berpuasa,so ummi kena la masak apa yang anak ummi suka..Nak buat tomyam ni senang aja..
1/2 ekor Ayam
Sambal Tomyam(byknya agak2 sendiri)
1 Kiub Ayam
Serai
Halia
Lengkuas
Daun Limau Purut
Limau Nipis
Sayur Campur (Carrot/SodekJagung/Bunga Kobis,Tomato Dll)
Daun sup/Daun Bawang
Cili Api
Bawang Besar
Air
Garam secukup rasa

Cara memasak:
Masukkan air,ayam,serai,halia dan lengkuas ke dalam periuk.
Masukkan Sambal Tomyam dan Kiub Ayam
Setelah mendidih,masukkan garam secukup rasa
Kemudian,masukkan bawang besar dipotong 4&sayur campur ikut kesukaan
Akhir sekali masukkan daun limau nipis dan cili api yang ditumbuk kasar
Hidangkan bersama perahan limau nipis,daun bawang dan daun sup
Senang ajakan..janji Ikhlas pasti sedap..