Sunday, December 9, 2012

KERABU BETIK (Som Tam)



Bahan-bahan :

1 biji betik muda, hiris memanjang, ketepikan
1 biji mangga muda, hiris memanjang, ketepikan
2 sudu makan kacang goreng – tumbuk kasar.
2-3 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air limau nipis
1 sudu teh gula
1 biji buah tomato, belah 4

Bahan tumbuk :
1 ulas bawang putih
2 tangkai lada merah/ lada api – tambah lagi jika mahu pedas
1 sudu teh udang kering, rendam air panas sampai kembang

Cara penyediaan :

Tumbuk bawang putih, lada dan udang kering. Masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan kacang goreng, betik dsn mangga muda. Gaul hingga sekata.
Tuangkan sos ikan, air limau nipis, gula dan tomato
Kacau hingga mesra dan sajikan segera.

Cubalah semua ya!resepi ni diambil dari blog kawan2 maya yang suka berkongsi resepi...

Tuesday, November 20, 2012

Di Penghujung 2012

Assalamualaikum semua.. Lama sudah tak menjenguk blogku ini...lama sungguh, hampir 2 tahun rupanya..terlalu banyak kekangan tahun ini di samping kesihatan yang tak mengizinkan..Banyak cerita kalau hendak dikongsi..sehingga tak tercerita rasanya..namun bersyukur ke HadratNYA kerana 2012 nie rezeki mencurah-curah dariNYA..Amin Ya Rabb..Muhammad Fahim b Azwan Huzaimi itulah antara rezeki yang tak ternilai buat kami sekeluarga..setelah 7 tahun kami bertiga, akhirnya tanggal 20 Jun 2012 Dia menganugerahkan putera ke2 buat kami..Tiada kata yang dapat diungkapkan untuk mennggambarkan kesyukursn kami sekeluarga buat Maha Pencipta.AMIN..Semoga kebahagiaan kami akan terus dan bertambah kekal & ceria kerana melihat Fahim membesar di depan mata...Hari ini 20 Nov 2012,Muhammad Fahim genap 5 bulan..melihat keletahnya membuat hati seorang ibu amat terusik..sentiasa tidak sabar untuk menanti hari-hari esok untuk melihat apa lagi keletahnya... Semoga Muhammad Fahim akan menjadi anak soleh penyejuk mata abi ummi..begitu juga dengan putera sulungku Muhammad Nafiz,semoga akan menjadi abang soleh yang rajin membantu ummi mengasuh adik Fahim..Semoga kedua2nya sentiasa diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki.Amin....

Friday, April 1, 2011

Murid-muridku..


Tenaga Pengajar yang tak jemu-jemu mencurahkan ilmu...



Latihan Kompang Selawat Sekolah



Latihan Kumpulan Nasyid Sekolah

KISAH BERKAT DISEBALIK MEMBACA BISMILLAH



Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya sentiasa mengejek “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata,nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata : “simpan duit ini”. Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan ditempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan”. Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika itu, Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjatnya dia. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Thursday, March 31, 2011

Aktiviti Panitia Bahasa Arab ,2011



Panitia Bahasa Arab SKBBSl telah merancang beberapa aktiviti untuk sesi 2011:
Antaranya:
Papan Perkataan Bahasa Arab
Yaumul Iza'ah
Kuiz Bulanan
Kem Bina Juara Bahasa Arab
Projek Bi'ah Arabiah
Bulan Bahasa Arab

Semoga semua perancangan ,dapat dilaksana dengan sebaik yang mungkin.