Thursday, March 31, 2011

Aktiviti Panitia Bahasa Arab ,2011



Panitia Bahasa Arab SKBBSl telah merancang beberapa aktiviti untuk sesi 2011:
Antaranya:
Papan Perkataan Bahasa Arab
Yaumul Iza'ah
Kuiz Bulanan
Kem Bina Juara Bahasa Arab
Projek Bi'ah Arabiah
Bulan Bahasa Arab

Semoga semua perancangan ,dapat dilaksana dengan sebaik yang mungkin.

Sunday, March 27, 2011

MTQ 2

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Zon 1 telah berakhir semalam.Tahniah kepada:
Nur Syarafana - Naib Johan Tilawah (P)
Hafiz Naim - Tempat Ketiga Hafazan (L)
Amirul Asyraf,Nur Izzati,Nur Amali hayati & Nur Marlia - Tempat Ketiga Kuiz

Kepada anak murid yang tidak berjaya,jangan berputus asa.Tahun depan kita usaha lagi..
Kamu semua dah buat yang terbaik untuk sekolah.TAHNIAH kepada semua.

Persembahan Kompang Selawat SKBBSL

Thursday, March 24, 2011

MTQ 1

Selamat Maju Jaya buat semua peserta MTQ mewakili SKBBSL di Peringkat Zon 1 Daerah Kuala Muda Yan.Semoga usaha anak-anak semua akan berbaloi...hari ini adalah Latihan terakhir buat kamu semua..Pulun jangan tak Pulun...Yakin Boleh!!!

Wednesday, January 26, 2011

Nafiz di SR Al-Islah

Bermulalah sesi persekolahan Nafiz di Tahun 1..Alhamdulillah,walaupun baru sebulan,Nafiz sudah serasi dengan rutin hariannya.Sudah mula pandai menyusun jadual harian sendiri sebagai rutinnya tanpa perlu Ummi dan Abi suruh dan paksa.Syukur padaNya...

Jelas di raut wajahnya seronok belajar di sekolah baru.Banyak benda baru yang dia terpaksa tempuhi..namun dia cuba untuk melaksanakannya dengan sebaik yang mungkin,sesuai dengan namanya "NAFIZ" iaitu Pelaksana..Ummi Abi amat bangga dengan Nafiz..Doa Ummi Abi semoga Nafiz akan sentiasa menjadi permata hati yang sentiasa bersinar di hati kami berdua.Anugerah yang tak ternilai harganya...Terima kasih Allah atas ANUGERAH besar ini....




Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432..Semoga Hijrah Kita Untuk Tahun Baru Ini Akan Diberkati Allah S.W.T...